Air kacang soya (juga susu soya atau Itali: soia latte) merupakan satu minuman dari kacang soya yang asalnya dari China.
Di setengah negara-negara Asia, minuman ini merupakan satu kebiasaan dan dijadikan satu hidangan harus ketika waktu makan.
Di sebelah barat ia dijadikan satu bahan minuman gantian kepada sesiapa yang tidak boleh meminum susu lembu.
Asal-usul
Air kacang soya dikenalpasti asalnya dari China,[1] sebuah kawasan yang mempunyai pokok soya dan menggunakan dan memakan hasil soya sejak sebelum wujudnya rekod penulisan secara bertulis. Kemudiannya, pokok kacang soya dan hasil tuaiannya telah diperkenalkan dan di tanam di Jepun.
Air kacang soya ditemui dan dibuat oleh Liu An dari Dinasti Han di China sebelum 164 sebelum masihi.
Liu An juga dikatakan yang membuat tauhu di China, kemudiannya dikatakan 900 tahun selepas itu, dikenali di Jepun, sebagai tofu.
Kebaikan susu kacang soya.
Protien kacang soya dapat disetarakan dengan dua kali protien daging,empat kali telur,empat kali gandum,lima kali atau enam kali roti dan dua belas kali susu.
Hasil kajian juga mendapati protien kacang soya bukan sahaja tinggi,tetapi juga baik dari segi kualitinya
Kacang ajaib ini telah menjadi bahan tenusu yang baru, iaitu neo-protein untuk diet masakini.
Ia juga boleh ditukarkan ke apa – apa jua hidangan yang berasaskan susu, keju, aiskrim, kacang dan juga hamburger!
Fungsi Memori
Fakta ini amat benar terutamanya bagi mereka yang sedang melalui alam menopaus.
Selepas menopaus, kajian menunjukan lebih ramai wanita mengalami penurunan daya memori berikutan kekurangan hormon estrogen.
Kajian juga menunjukkan yang soya menguatkan lagi memori berikutan kandungan utama soya ; isoflayones, yang melindung sel saraf daripada tekanan oksida.
Proses Penurunan Berat Badan
Soya telah menjadi bahan utama dalam proses penurunan berat badan kontemporari bagi kedua – dua lelaki dan wanita.
Terdapat banyak sebab ; pertamanya; ia mempunyai index glycemic yang rendah, ini bermakna ia menghalang gula di dalam darah daripada meningkat secara cepat.
Soya juga merupakan sumber protein rendah lemak yang membantu membina kandungan otot – tidakkah ianya kedengaran seperti sebuah alternatif yang lazat?
Menentang Radikal
Matahari merupakan salah satu entiti yang sangat berbahaya kepada kulit kita, terutamanya di dalam keadaan cuaca kita yang agak panas. Soya telah dibuktikan mempunyai kandungan antioksida yang boleh membantu menentang radikal ini, kandungan utamanya adalah isoflavounes yang terdapat di dalam protein soya.
Pembangkit Tenaga
Soya merupakan sumber tenaga yang menakjubkan untuk tubuh kita. Kandungan proteinnya menyokong tahap tenaga, stamina dan juga dapat meningkatkan prestasi sukan seseorang.
Ini adalah kerana protein soya kaya dengan asid amino, yang menyokong otot badan dan tulang.
Lebih kuat otot dan tulang kita, lebih kuat tubuh kita akan dapat bertahan dengan keperluan fizikal sehari – hari.
Jadi, jika anda rasa tubuh anda tidak bertenaga, minumlah soya untuk kembali bertenaga.
Ada Apa Dengan Soya?
Korang suka minum air soya tak?
Tahu tak camne air soya dihasilkan?
Tahu tak apa khasiat soya nih?
Kalo nak tahu jenguk2 ler blog saya nie..
Tempahan Air Soya Segar
Tempahan air soya segar kini dibuka!!!
-Untuk peniaga pasar malam, gerai minuman, kenduri-kendara, majlis2 dsb..
-Keluaran bumiputera, dijamin halal.
-Tiada bahan pengawet, segar.
-Penghantaran percuma sekitar Kuala Langat.
Harga : RM2.00 per liter (pati soya)
*Minimum order 10 ltr.
Hubungi : 013 3521600
email : mdhazn@gmail.com
-Untuk peniaga pasar malam, gerai minuman, kenduri-kendara, majlis2 dsb..
-Keluaran bumiputera, dijamin halal.
-Tiada bahan pengawet, segar.
-Penghantaran percuma sekitar Kuala Langat.
*Minimum order 10 ltr.
Hubungi : 013 3521600
email : mdhazn@gmail.com
Labels
- air kacang soya (1)
- cara buat air soya (1)
- khasiat soya (1)
chit chat
Cari Duit | Buat Duit | Blogging
Counter
Search
© Copyright : : Soya : :. All rights reserved.
Designed by Blogger Template Yodroo | Bloggerized by Yodroo.com
brought to you by Share Knowledge and Tutorial
Post a Comment